Home

Letihnya..

Letihnya rasa...dh entrynya pun letih, nk ckp pun letih jugak...
bulan 2 nie boleh dikatakan bulan yg letih jugak..sebabnya smua sukan berjalan pada bulan nie..mula dari badminton...bola baling...bola sepak..pastu olahraga plak...
emmm...dh tnggjawab la katakan...buat jugak lah walau terasa letih pun...
Dh la skang cuaca panas...bila nk training budak tue...aduh..mcm udang terbakar rasa dah bila kt padang....bayangkan 2-3 jam kt padang...tp xpe..anggap je cr pngalaman kan...

tue bab outdoor....indoor plak lain citernya...
pihak atas nk mcm2 keje....pas2 kena hafal mcm2 lg...mmg mencabar rasa 2011 nie....
sapa kata keje nie mudah...luaran je nmpk mudah...dalaman....sndirik je tahu...kdg2 aku rasa mcm tgh belajar kt sekolah plak...padahal dh keje...ermmm.....cm2 la adatnya rasa....

Teknologi Hijau

Definisi

Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

● Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
● Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
● Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara

• Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
• Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
• Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan
• Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

Objektif

• Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;
• Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
• Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;
• Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan
• Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau."

Teknologi Hijau

Apakah maksud ‘teknologi hijau'?

Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang."